As of 18 August 2010, you must register to edit pages on Rodovid (except Rodovid Engine).

4. Raden Baba,

From Rodovid EN

Person:904001
Jump to: navigation, search
Lineage Azmatkhan
Sex Male
Full name (at birth) 4. Raden Baba,
Parents

Raden Kalong [Azmatkhan]

Events

birth: datuk kepada Isteriku

child birth: 6. Raden Ismail (Kiman) [Azmatkhan]

child birth: 7. Radin Ramah [Azmatkhan]

child birth: 5. Raden Sulaiman [Azmatkhan]

child birth: 3. Raden Halimah [Azmatkhan]

child birth: 1. Raden Osman [Azmatkhan]

child birth: 2. Raden Raman [Azmatkhan]

child birth: 5. Raden Che Man [Azmatkhan]

Notes

RADEN BABA (1905-1990)

Raden Baba dilahirkan di Tangga Batu pada tahun 1905. Beliau di besarkan di Tangga Batu. Bapanya ialah Raden Kalong, ibunya ialah Raden Semah. Beliau mempunyai 4 orang aduk-beradik iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Raden Baba ialah seorang guru silat, ramai anak muridnya di sekitar Tangga Batu. Di kawasan Tanjung ini boleh dikatakan keseluruhanya ialah kaum kerabat beliau.

Raden Baba berkahwin dengan Raden Ara Bt. Raden Bakar b. Raden Tangguk b. Raden Bulang. Maka Raden Baba dan Raden Ara ada hubungan keluarga. Ibu Raden Ara ialah Syaripah Bidah Binti Syeikh Ahmad Hitam. Syeikh Ahmad Hitam ialah Buyutku (Penulis). Hal inilah yang menyebabakan walau aku tidak berkahwin dengan isteriku, aku masih mempunyai hubungan keluarga dengan Raden Kalong.

Kakak kepada Raden Baba iatu Raden Maimunah yang memelihara isteriku Raden Saripah daripada umur 7 bulan hingga 17 tahun. Menurut isteriku Raden Maimunah ialah seorang yang kaya, beliau telah diwariskan tanah sawah di Paya Luboh dan tanah kebun di Solok Tangga Batu. Banyak peralatan rumah seperti dulang, ginseng, tempat kueh bahulu, acuan-acuan kueh yang ada padanya dibuat daripada tembaga. Beliau juga ada kui padi, kisar padi dan indek padi, kereta lembu. Disamping barang-barang perhiasan emas yang besar-besar. Daripada apa yang aku selidiki, Raden Maimunah memang seorang yang banyak duit pada tika itu, beliau satu satu nya anak perempuan Raden Kalong yang hidup (Raden Bainah yang meninggal muda). Hartanya yang banyak difaraidkan kepada hanya 3 orang saja iaitu Raden Mat, Raden Baba dan Raden Maimunah. Menurut isteriku Raden Maimunah seorang yang lurus, jujur, baik hati dan mudah percaya cakap orang. Raden Maimunah telah berkahwin dengan seorang duda beranak 7. Oleh sebab beliau terlalu sayangkan suaminya beliau telah memberi sekeping tanah lebih kurang setengah ekar kepada suaminya. Ditukarkan kepada nama suaminya. Hal ini bermakna tanah tersebut akan dimiliki oleh anak-anak tirinya. Suami Raden Maimunah ialah Bechik. Daripada perkahwinannya ini maka lahirlah seorang anak lelaki iaitu Mat Shah.

Pada tahun 1971, Raden Maimunah telah mempunyai krisis dengan adiknya Raden Baba (datuk Raden Saripah), beliau telah bertindak nekad untuk menjual segala hartanya di Tangga Batu dan telah membeli sebidang tanah ΒΌ ekar di Kampung Lebu, Bentong, Pahang. Tanah itu telah dijualkan oleh anaknya iaitu Mat Shah. Mat Shah telah menjualkan tanah itu dengan harga RM 5000.00 untuk belanja kahwin pada tahun 1986. Akhirnya tanah terjual, isteri terbang (cerai). Apabila tanah tiada, ketua kampung (Tok Empat- di Pahang) telah menghantar Mat Shah ke rumah orang tua-tua, Seberang Takir, Terengganu dan pada tahun 2007 beliau telah meninggal dunia. Kehidupan Raden Saripah dan Raden Maimunah di Bentong telah dituliskan di bab Riwayat Hidup Radin Saripah.

Raden Baba mempunyai 7 orang anak iaitu:

  1. . Raden Osman
  2. . Raden Raman
  3. . Raden Halimah
  4. . Raden Che Man.
  5. . Raden Sulaiman
  6. . Raden Ismail (Kiman)
  7. . Radin Ramah

Radin Ismail atau Radin Kiman berkawin dengan Enchah atau Ainon, orang Muar pada tahun 1978 dan melahirkan;

  1. . Radin Syahrol + Rosmawati.
  2. . Radin Norazreen + Ku Zairol

Dapat anak

  1. . Ku Adi Putra
  2. . Ku Amar Fares
  3. . Ku Alia Qaldina
  4. . Radin Ridwan

Raden Baba bagiku berwatak keras, kasar dan panas baran tetapi baik hati, aku sebenarnya banyak kali berjumpa beliau. Maklumlah beliau guru silat. Raden Ara meninggal dunia pada tahun 1968. Raden Baba menduda lama sehingga ke akhir hayatnya. Pada tahun 1990 Raden Baba telah meninggal dunia dan beliau dan isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Tangga Batu


From grandparents to grandchildren

Personal tools
In other languages